Wednesday 7 May 2008

RAJA KITA RAJA BERDAULAT


A'kum,

Rakyat Malaysia yang budiman..

Kita sedih dan kecewa apabila wujud unsur ketidakselesaan di atas keputusan Istana kepada tindak tanduk dan pelaksanaan tindakan salah seorang Menteri Besar sebuah negeri.

dan ada juga individu yang mempertikai martabat dan kekuasaan tertinggi pemerintah negara yang kita cintai ini..

saya ingin berkongsi dengan saudara/i ada tertulis di dalam perlembagaan iaitu disebut di dalam Bahagian XIV

KECUALIAN BAGI KEDAULATAN , DSB.,RAJA-RAJA

PERKARA 181 (1) Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, kedaulatan, prerogatif, kuasa dan bidang kuasa Raja-raja dan prerogatif, kuasa dan bidang kuasa pembesar-pembesar memerintah Negeri Sembilan di bawah wilayah-wilayah mereka masing-masing sebagaimana yang telah ada dan dinikmati hingga kini adalah tetap dan tidak terjejas.

(2) Tiada apa-apa jua prosiding pun boleh dibawa di dalam mana-mana mahkamah terhadap Raja sesuatu Negeri atas sifat peribadinya kecuali di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan dibawah Bahagian XV.

Saya tidak faham kenapa individu tersebut sanggup celupar mulutnya mempertikai kedaulatan Sultan dan Yang Dipertuan Agong. pada pendapat saya beliau tentu tidak setia dengan pemerintah yang memayungi Rakyat Malaysia. Kalau kita tidak menghormatinya ini beerti kita tidak layak menjadi warganegara Malaysia berdasarkan prnsip rukun negara iaitu Kesetiaan kepada Raja.

Keceluparan beliau juga sudah menyimpang jauh dari prinsip kesopanan dan ketatasusilaan. mungkin beliau sememangnya jenis individu pengkianat maka beliau berasa boleh sesuka hati bebas bercakap apa saja termasuk mengutuk Raja-Raja bahawa kita hari ini bukan berada dizaman feudal....

Dimana suara Rakyat Malaysia khususnya orang Melayu bila ada org hina Raja dan Sultan kita ???



1 comment:

AIDC said...

Video 1
http://www.youtube.com/watch?v=JEYnh9Yvtew

Video 2
http://www.youtube.com/watch?v=mrNv44WoJck&feature=related

sumber :
http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/