Monday, 21 April 2008

AGAMA ISLAM AGAMA RASMI MALAYSIA


Para sahabat yang budiman,

Sejak Tanah Melayu ini diasaskan bermula dibawah pemerintahan Kerajaan Negeri Melaka yang termasyur di seluruh dunia dengan mengamalkan sistem perintahan yang begitu baik dan diperakui oleh seluruh pedagang yang berdagang dengan kerajaan tersebut.

Setelah itu, kerajaan negeri Melaka telah dibawah Sultan Mahkota Iskandar Shah (anak sulung Raja Parameswara ) pada hujung abad ke-14 setelah berkahwin dengan puteri Raja Pasai telah memeluk Islam dan seterusnya agama ISLAM tersebar luas di seluruh Tanah Melayu.

Oleh yang sedemikian, hasil persetujuan di antara perkongsian kuasa di antara kaum Melayu, Cina dan India yang dibawa oleh suruhanjaya RIED telah memasukkan salah satu perkara di dalam perlembagaan Tanah Melayu iaitu ;

Perkara 3 (1) :
Islam ialah agama bagi Persekutuan ; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Perkara dan Fasal di dalam Perlembagaan yang berkaitan dengan agama Rasmi yang perlu kita ketahui juga …

Perkara 12 (2) :
Tiap-tiap kumpulan agama berhak menubuhkan dan menyelenggarakan institusi-institusi bagi pendidikan kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri, dan tidak boleh ada diskriminasi semata-mata atas alasan agama dalam mana-mana undang-undang yang berhubung dengan institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu ; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyelenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyelenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu.

Perkara 150 (6A) :
Fasal (5) tidak boleh memperluaskan kuasa Parlimen mengenai apa-apa perkara hukum Syarak atau Adat Melayu atau mengenai apa-apa perkara undang-undang atau adat anak negeri di Negeri Sabah dan Sarawak ; dan juga Fasal (6) tidak boleh menjadikan sah mana-mana peruntukan yang tidak selaras dengan peruntukan Perlembagaan ini yang berhubungan dengan apa-apa perkara sedemikian atau berhubung dengan agama,kewarganegaraan atau bahasa.


… fasal (5) walaupun ketika Darurat.

* peruntukan yang paling besar untuk menjaga kedudukan Agama Islam – walaupun menggunakan kuasa 2/3 suara rakyat tidak boleh digugat.

Perkara 11(1) :
Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.

Perkara 11 Fasal (4) :
Undang-undang Negeri, dan berkenaan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur , Labuan dan Putrajaya, Undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama dikalangan orang awam yang menganuti agama Islam.

Semua ini telah dipersetujui oleh semua kaum pada suatu masa dahulu dengan diiringi oleh perkara-perkara lain. Namun begitu, apa sudah terjadi kepada Masyarakat Malaysia hari ini ?

Banyak tuntutan dari kaum lain berkisar tentang agama.

Suqiu 1999 = 17 tuntutan
IFC 2007 = 14 tuntutan
Hindraf 2008 = 18 tuntutan

Ini boleh mengancam kedudukan agama Islam dan juga mempertikaikan Perlembagaan Negara.

Kenapa…???

2 comments:

azrinizam said...

Ada orang kata PAS sudah tidak membangun bersama Islam lagi. Motto baru PAS "Membangun Bersama Barisan Alternatif Barisan Impian (BABI)"

udin said...

hidup timbalan penghulu, calon berbudi bahasa. belajar main paintball dulu baru boleh berjuang. jangan tembak team sendiri.